Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    IFB lantik ahli jawatankuasa majlis eksekutif baharu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – InfoCom Federation Brunei (IFB) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-12 di Hotel Mulia, Anggerek Desa, baru-baru ini.

    Mesyuarat yang dimulai dengan ucapan perasmian dan laporan pengerusi yang disampaikan oleh Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohamad dan diikuti dengan pembentangan mengenai Laporan Tahunan 2020 dan Laporan Kewangan 2020.

    Selain itu, mesyuarat turut menyaksikan sesi pemilihan pengerusi, pemegang jawatan, ahli majlis dan pelantikan kehormat bagi penggal yang akan datang.

    Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff telah dilantik sebagai pengerusi baharu bersama 14 orang ahli lain yang dilantik bagi membentuk 15 ahli Jawatankuasa Majlis Eksekutif IFB baharu bagi tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2024.

    Pengiran Sarimah menggantikan jawatan Sheikh Haji Abas setelah berkhidmat selama dua penggal.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, IFB merakamkan penghargaan kepada Sheikh Haji Abas atas kepimpinan yang luar biasa dan bekas ahli majlis eksekutif atas segala sumbangan yang tidak ternilai dalam memimpin IFB sepanjang dua penggal terakhir selaras dengan pelantikan dalam perlembagaan persekutuan. Sheikh Haji Abas yang
    juga merupakan ahli pengasas IFB, kini diberi penghormatan untuk dilantik ke jawatan penasihat kehormat IFB bersama ahli-ahli yang lain terdiri daripada Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Kamaluddin dan Pengiran Haji Abdul Ghani bin Pengiran Haji Metusin, kedua-duanya juga merupakan ahli pengasas dan mantan pengerusi IFB.

    Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Penasihat Undang-undang Kehormat IFB, Ivan Leong yang juga sebagai pemerhati mesyuarat dan pemilihan tersebut.

    Gambar ramai semasa mesyuarat agung IFB ke-12 di Hotel Mulia, baru-baru ini. – Gambar serahan IFB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...