iflix kini boleh didapati di Pakistan

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Penyedia perkhidmatan penstriman dalam talian, iflix, kini boleh didapati di Pakistan pada harga 300 Pakistan rupee sebulan dengan akses tanpa had.

Menurut kenyataan iflix, pelanggan boleh mendaftar untuk mendapatkan tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma tanpa obligasi kad kredit melalui www.iflix.com.

Pelanggan dengan langganan tahunan akan menerima potongan sebanyak 20 peratus daripada kadar bulanan bagi 2,880 rupee setahun, menurut syarikat itu.

“Setiap langganan termasuk, antara lain, akses tanpa had kepada pustaka rancangan eksklusif iflix, siri televisyen yang memenangi anugerah, filem blockbuster, program kanak-kanak tempatan dan serantau,” menurut iflix.

iflix berkata, berdasarkan lebih 160 perkongsian studio dan pengedar, iflix menawarkan pilihan siri televisyen popular dan ikonik serta filem pilihan peminat yang paling luas, di peringkat antarabangsa dan tempatan. – Bernama