Wednesday, November 13, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    iflix selesaikan pusingan pembiayaan

    KUALA LUMPUR, 8 Ogos – iflix, perkhidmatan langganan video atas permintaan bagi pasaran sedang pesat membangun, telah menyelesaikan pusingan pembiayaannya bernilai AS$133 juta selaras dengan hasrat syarikat untuk terus menyediakan hiburan terbaik dunia kepada pelanggannya.

    iflix dalam satu kenyataan hari ini berkata, pusingan pembiayaan itu yang menarik minat daripada pelabur baharu dan pemegang saham sedia ada, diterajui oleh Hearst, satu daripada firma media, maklumat dan perkhidmatan terbesar Amerika Syarikat dan juga termasuk tambahan pelabur baharu, EDBI yang berpangkalan di Singapura dan pelanggan bank swasta DBS.

    “Pemegang saham sedia ada seperti Evolution Media, Sky PLC, Catcha Group, Liberty Global, Jungle Ventures dan PLDT Inc juga meningkatkan pelaburan mereka,” kata syarikat itu.

    flix berkata pusingan baru itu menjadikan jumlah yang dikumpulnya tahun ini sebanyak AS$220 juta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda