Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iftar eratkan ukhuwah

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Bersempena bulan Ramadan ini, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam telah mengadakan iftar tahunan bagi masyarakat Bangladesh yang menetap di Brunei, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Restoran Seri Kandi, Royal Brunei Airlines Golf Club itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain bersama isteri yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu terdiri daripada para peniaga, doktor, guru-guru dan dari pelbagai sektor lain.

    Ketika ditemu bual, Tuan Yang Terutama berkata, semasa bulan suci ini, masyarakat Bangladesh berdoa agar dilimpahkan kesejahteraan kepada

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat Brunei dan masyarakat mereka termasuk hubungan antara kedua-dua buah negara supaya akan lebih kukuh pada masa hadapan.

    Tuan Yang Terutama Naib Marsyal Udara Mahmud Hussain semasa menghadiri majlis berbuka yang diadakan di Restoran Seri Kandi. – Gambar oleh Izah Azahari

    Selain itu, tambah beliau, kerjasama itu diharap akan mengeratkan hubungan dari pelbagai aspek antara Brunei Darussalam dan Bangladesh.

    “Tetapi apa yang penting adalah mengeratkan hubungan dan komitmen agama dalam bulan suci Ramadan,” ujarnya.

    Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa diikuti dengan berbuka puasa dan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda