Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Iga terus buru kejuaraan Terbuka Perancis

    PARIS, 29 MEI – Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menjadi satu-satunya pemain yang berada dalam ranking 10 pemain pilihan meneruskan perjuangan di Terbuka Perancis.

    Iga, juara 2020 tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain ranking ke-95 dunia dari Montenegro, Danka Kovinic 6-3, 7-5 untuk mencatatkan kemenangan pada pusingan ketiga dan kemenangan ke-31 berturut-turut dalam kerjayanya.

    “Saya mahu bermain dengan sangat agresif tetapi kadangkala saya merasakan saya memukul dengan menggunakan terlalu banyak tenaga dan ia sukar untuk dikawal,” kata pemain berusia 20 tahun dari Poland itu.

    Kemenangan berturut-turut Iga itu adalah yang terbaik sejak Serena Williams meraih 34 kemenangan pada 2013.

    Dia seterusnya akan bertemu bintang muda dari China, Zheng Qinwen yang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik pada penampilan sulungnya selepas pemain veteran Perancis, Alize Cornet yang membuat penampilan kali ke-61 berturut-turut di Grand Slam, menarik diri kerana kecederaan kaki selepas ketinggalan 6-0, 6-3.

    Selepas mengejutkan juara 2018 Simona Halep di pusingan kedua, Qinwen menjadi pemain keempat China yang berjaya mara sehingga pusingan keempat di Paris di mana rakan senegara Li Na merangkul gelaran Grand Slam pertama pada 2011.

    “Saya sentiasa tahu saya mempunyai banyak peluang untuk bermain dengan baik dan sekarang saya mahu meneruskannya,” kata Qinwen yang kini berusia 19 tahun dan menduduki ranking ke-74 dunia. – AFP

    Iga mengembalikan bola kepada Danka Kovinic dari Montenegro semasa perlawanan Terbuka Roland-Garros di Court Philippe-Chatrier di Paris pada 28 Mei 2022. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...