Ighalo julang United ke suku akhir

DERBY, 6 MAC – Odion Ighalo berjaya menjaringkan dua gol ketika Manchester United membuat pertemuan semula bersama Wayne Rooney dengan kelab lamanya itu dengan mengalahkan Derby 3-0 semalam dan mara ke suku akhir Piala FA.

Ia adalah permainan pertama Rooney menentang kelab lamanya itu, di mana beliau telah menghabiskan masa selama 13 tahun dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa buat United, tetapi beliau hampir berjaya menjaringkan gol di perlawanan itu melalui sepakan di minit-minit akhir perlawanan namun berjaya dihalang penjaga gawang United, Sergio Romero.

Penyerang baharu United, Ighalo berjaya menjaringkan gol pada minit ke-41 dan ke-70 untuk dan merupakan gol ketiganya dalam dua perlawanan untuk United.

Derby, pasukan Divisyen Dua, memulakan permainan yang baik tetapi United kelihatan selesa selepas Luke Shaw menjaringkan gol pembukaan pada mini ke-33.

Jaringan itu berlaku selepas dua percubaan United berjaya dihalang dan bola jatuh kepada Shaw, beliau tidak mensia-siakan peluang terus melakukan rembatan melepasi penjaga gol, Kelle Roos.

Ighalo kemudian menggandakan jaringan dari jarak dekat, sebelum menyumbatkan gol keduanya di minit ke70.

“Apabila anda menang 3-0, anda perlu berfikir (anda berada dalam kawalan) tetapi terdapat beberapa saat yang menakutkan di sana terutama pada awal perlawanan, saya tidak fikir kami bermain dengan baik,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

“Pada permulaan babak kedua perlawanan mereka memberi tekanan kepada kami, tetapi jaringan dari Odion dan Sergio menyelamatkan dari tendangan Wayne juga hebat.”

United akan menentang Norwich di suku akhir. Kapten United, Harry Maguire terlepas permainan kerana kecederaan buku lali dan Solskjaer mengatakan belum dapat memastikan sama ada pemain pertahanan itu boleh bermain di Liga Perdana Ahad ini melawan Manchester City atau tidak. – AP

Reaksi Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, dan penyerang Manchester United, Odion Ighalo, semasa akhir perlawanan bolasepak pusingan ke-5 Piala FA menentang Derby County di Pride Park, Derby, England, semalam. – AP