Ighalo pikul harapan Nigeria

KAHERAH, 9 JULAI – Bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Odion Ighalo, mungkin menjadi pemain Nigeria pertama untuk menjejaskan Afrika Selatan apabila kedua negara itu bertembung dalam saingan suku akhir.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang bermain untuk Watford sebelum berpindah ke China dua tahun lalu, telah menjaringkan tiga gol di kejohanan bola sepak Afrika itu.

Jumlah gol itu meletakkannya berkongsi kedudukan dalam perebutan anugerah Kasut Emas bersama Sadio Mane (Senegal), Cedric Bakambu (Congo) dan Adam Ounas (Algeria).

Dua jaringannya hadir ketika kemenangan 3-2 ke atas juara bertahan Cameroon, dan dia mungkin sahaja menamatkan perlawanan dengan empat gol namun dinafikan oleh palang dan penyelamatan hebat penjaga gol.

Beberapa jam selepas kemenangan Nigeria pada pusingan 16 terakhir ke atas Cameroon, Afrika Selatan mencipta kejutan dengan menyingkirkan pasukan pilihan Mesir 1-0 di Kaherah, di mana gol kemenangan dihasilkan oleh Thembinkosi Lorch. – AFP