Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    IHP bagi Jun 2021 meningkat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Jun 2021 meningkat sebanyak 1.7 peratus tahun-ke-tahun berbanding Jun 2020 di mana harga makanan dan minuman ringan meningkat sebanyak 1.6 peratus manakala harga bukan makanan meningkat 1.7 peratus.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), peningkatan IHP itu didorong oleh peningkatan harga dan kos Pengangkutan (7.0 peratus), makanan dan minuman ringan (1.6 peratus) serta restoran dan hotel (1.5 peratus). 

    Walau bagaimanapun, peningkatan ini diimbangi oleh penurunan harga dan kos perhiasan, peralatan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (1.6 peratus), pakaian dan kasut (0.3 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.2 peratus).

    Kenyataan menjelaskan, kenaikan bagi harga pengangkutan adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga kenderaan bermotor diikuti oleh tiket penerbangan akibat jadual penerbangan yang terhad.

    Sementara itu, harga makanan dan minuman ringan yang meningkat terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan seperti daging lembu dan kerbau, minyak masak dan sayur-sayuran. Kenaikan harga daging lembu dan kerbau antara lainnya disebabkan oleh kos import yang meningkat. 

    Manakala itu, peningkatan harga minyak masak antara lainnya adalah selaras dengan kenaikan harga bahan input seperti minyak sawit.

    Kos restoran dan hotel yang meningkat pula didorong oleh peningkatan harga menu terpilih bagi katering berkontrak serta di restoran dan kafe yang mana peningkatan harga menu terpilih adalah selaras dengan kenaikan harga bahan mentah.

    Bagi perubahan bulan-ke-bulan, IHP bagi Jun 2021 meningkat sebanyak 0.6 peratus berbanding dengan Mei 2021. Indeks makanan dan minuman ringan meningkat sebanyak 0.1 peratus. manakala, indeks bukan makanan meningkat sebanyak 0.7 peratus.

    Kenyataan menyatakan, IHP me-ngukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan. 

    Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

    Laporan penuh IHP bagi Jun 2021 boleh didapati melalui laman sesawang www.deps.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...