Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    IHP Mac naik 3.8 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac 2022 meningkat sebanyak 3.8 peratus tahun-ke-tahun berbanding Mac 2021.

    Peningkatan itu selaras dengan peningkatan harga bukan makanan dan harga makanan dan minuman ringan masing-masing sebanyak 3.9 peratus dan 3.4 peratus. Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, peningkatan dalam komponen bukan makanan telah didorong oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan sebanyak 18.1 peratus, pengangkutan 6 peratus, dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 2.1 peratus.

    Kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan adalah terutamanya disebabkan kenaikan harga insurans kenderaan.

    Sementara itu, peningkatan dalam pengangkutan terutama-nya disebabkan oleh kenaikan harga kenderaan bermotor dan tiket penerbangan.

    Kenaikan harga sewa kediaman dan penyelenggaraan serta pembaikan tempat kediaman pula mendorong kepada peningkatan harga perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

    Manakala itu, peningkatan harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan kenaikan harga makanan seperti harga minyak masak sebanyak 27.5 peratus, daging ayam 8.5 peratus, dan ikan segar 7.7 peratus.

    Kenaikan harga minyak masak adalah disebabkan oleh peningkatan harga bahan input minyak sayuran dan minyak sawit manakala, bagi daging ayam, kenaikan harga antara lain disebabkan oleh peningkatan kos makanan ternakan ayam.

    Bagi perubahan bulan-ke-bulan, IHP bagi Mac 2022 meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding Februari 2022 dan indeks makanan dan minuman ringan meningkat sebanyak 0.6 peratus manakala indeks bukan makanan meningkat sebanyak 1 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...