Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ihsan kasih DST agih sumbangan makanan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bagi menyemarakkan keindahan bulan suci Ramadan, Datastream Digital Sdn Bhd (DST) turut tidak ketinggalan dalam mengungkayahkan kempen amal tahunan Ihsan Kasih Ramadan dengan mengagihkan sumbangan makanan, keperluan harian dan pek penjagaan kesihatan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

    Kempen tersebut bermatlamat untuk mengumpulkan kakitangan DST bagi sama-sama melibatkan diri dengan semangat kerja sukarelawan.

    Kempen telah bermula pada minggu kedua awal Ramadan di sekitar Daerah Brunei dan Muara dan diikuti dengan Daerah Belait pada minggu ini yang mana rombongan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni bersama warga sukarelawan DST dengan kerjasama 22 khidmat runner berdaftar sekali gus menyokong perkhidmatan penghantaran mereka bagi menghantar sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terpilih.

    Pada tahun ini, DST dengan kerjasama golongan runner berhasrat untuk menyempurnakan pengagihan sumbangan kepada 100 keluarga di keempat-empat daerah secara keseluruhannya.

    Selain itu, DST juga menyokong vendor perniagaan tempatan di Tamu Kianggeh dengan bekerjasama bersama peniaga untuk menyediakan makanan keluaran tempatan;
    kuih tradisional Brunei seperti kuih cincin, kuih sapit, kuripit sagu dan sebagainya.

    Kempen akan diteruskan sehingga akhir Ramadan, di mana warga DST akan mengagihkan sumbangan di Daerah Tutong dan Temburong.

    Radin Sufri menyertai rombongan sukarelawan DST untuk menghantar sumbangan ke rumah penerima. – Gambar serahan DST
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...