Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Isu kit ART akan diatasi

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk melaksanakan penjualan kit ujian pantas antigen (ART) kepada orang ramai.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah berkata ini adalah berikutan aduan orang ramai mengenai penjualan kit ART yang terhad di pasaran tempatan sehingga menyebabkan harga pasaran melambung tinggi.

    “Pada bulan ini, pihak kerajaan akan menerima sekitar sembilan juta kit ART yang dijangka tiba di negara ini bagi mengatasi isu kekurangan kit ujian itu,” katanya semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Apabila jumlah ini ditambah dengan stok kit ART yang ada pada masa ini yang berjumlah 1.8 juta, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan kit ART yang ada kepada lebih 10 juta.

    Dengan adanya bekalan tersebut, ia akan dapat dijual kepada orang ramai namun bukan dengan tujuan untuk mengambil keuntungan tetapi hanya untuk menyalurkan bekalan yang mencukupi kepada orang ramai agar orang ramai tidak perlu berasa khuatir terhadap bekalan kit ART sekali gus menjadikan harga penjualannya akan berada di tahap yang berpatutan, tambah Yang Berhormat Dato.

    “Butiran lanjut mengenai perkara tersebut akan dimaklumkan kepada orang ramai dalam masa yang terdekat ini,” kata Yang Berhormat Dato selaku wakil Menteri Kesihatan semasa, hari ini.

    Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat Dato turut menjelaskan bahawa Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) sentiasa giat memantau harga ART yang berada di pasaran di samping bekalannya di mana pada setiap minggu tinjauan akan dilakukan yang melibatkan lebih 50 buah kedai di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat-maklumat seperti bekalan, stok dan juga harga untuk dikongsikan kepada orang ramai.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media di Kementerian Kesihatan. – Gambar oleh Syahmi Hassan

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...