IITFT beriga perancangan kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT), hari ini, telah mengendalikan taklimat perancangan kewangan bagi pelajar-pelajar Sarjana Perubatan di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Insurans Islam TAIB, taklimat diharapkan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai cara menguruskan kewangan peribadi dan menyelaraskannya ke arah mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Besar IITFT, Haji Shamsul bin Haji Muhamad yang merupakan chartered financial consultant (ChFC) dan perancang kewangan Islam (IFP) yang diiktiraf.

Kenyataan menyatakan, taklimat berkenaan memfokuskan ke atas kepentingan dan objektif perancangan kewangan serta pemeriksaan kesihatan kewangan perubadu menerusi penyata kewangan seperti menerusi nilai bersih dan aliran tunai.

Turut ditekankan adalah asas pengurusan kewangan yang termasuk simpanan, dana kecemasan dan belanjawan peribadi. Taklimat kemudian diakhiri dengan sesi perkongsian dan tip-tip kewangan berharga.

Taklimat berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan IITFT dalam berkongsi pengetahuan perancangan kewangan kepada orang awam.

Gambar ramai semasa sesi taklimat di PAPRSB IHS. – Gambar serahan Insurans Islam TAIB