IITFT kongsi kepakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd (IITFT), hari ini, telah menyertai Pemeriksaan Kesihatan Kewangan yang dianjurkan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan IITFT, acara yang dihadiri oleh kakitangan JPM dan pelbagai jabatan kerajaan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan awam mengenai kepentingan pengurusan kewangan.

Selain itu, ia juga diharapkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menabung, kebebasan kewangan dan menggalakkan individu dan keluarga, terutamanya orang awam untuk lebih celik kewangan.

Pada acara itu, maklumat disampaikan menerusi taklimat-taklimat, kuiz kewangan, pameran produk dan perkhidmatan serta konsultasi perseorangan bersama penasihat kewangan dan perancang kewa-ngan yang berkelayakan.

Dalam menyokong inisiatif berkenaan, perancang-perancang kewangan diperakui berada di sana untuk menyediakan konsultasi kepada pengunjung mengenai perancangan persaraan dan produk-produk menabung dan perlindungan takaful yang berkaitan.

Perancang kewangan IITFT memberikan konsultasi kepada pengunjung semasa acara berkenaan.