Ikan besar seret lelaki ke perairan penuh ikan yu

SYDNEY, 4 Jan – Seorang lelaki bertahan selama berjam-jam dalam air dingin yang penuh dengan ikan yu, selepas diseret keluar dari botnya ketika dia bersusah payah untuk membawa naik ke darat seekor ikan besar di Australia, menurut para penyelamat hari ini.

Lelaki itu, dipercayai berusia dalam 20-an, sedang memancing bersendirian semalam kira-kira 30 batu nautika di perairan Barat Australia apabila dia berjaya menangkap ikan laut besar – yang kemungkinan mempunyai berat lebih 400 kilogram.

Ikan itu menariknya keluar dari bot selepas ditangkap dan botnya hanyut, dan meninggalkannya terapung di dalam air selama enam jam di kawasan yang penuh dengan ikan yu.

Seorang nelayan lain terlihat bot kosong itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Pemerintah Kumpulan Penyelamat Marin Sukarela Exmouth Rusty Ellis berkata lelaki itu ‘amat bernasib baik’ dapat ditemui di kawasan yang terpencil itu.

“Kepalanya tenggelam timbul di lautan itu,” dia memberitahu AFP. Nelayan itu menerima rawatan bagi hipotermia.

Ellis menambah kata penyelamatan semalam menekankan perlunya para pemancing mengambil langkah berwaspada keselamatan teratur apabila memancing di pantai barat Australia, dengan dua orang nelayan bersendirian hilang di lautan berhampiran kawasan sama tahun lalu.” – AFP