Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikan Louhan Awang Ajahrin juara pertandingan

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Awang Ajahrin bin Mail dipilih sebagai penerima Anugerah Ikan Hias Louhan Terbaik tajaan United Flowerhorn Association (UFA), Amerika Syarikat sekali gus menjuarai Pertandingan Ikan Hias Louhan siri kedua anjuran King Mix Brunei dan dikendalikan oleh UFA Brunei Darussalam, semalam.

    Manakala itu, Pengiran Mohd Kamarul Nor Ariffin bin Pengiran Haji Jasni dan Pengiran Haji Mohd Abdul Aziz bin Pengiran Haji Ismail masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

    Hadir dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada pemenang dan peserta pertandingan yang diadakan di Kampung Rimba, Gadong, itu ialah ahli Jawatankuasa Tadbir King Mix, Awang Shahrin bin Mail.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua UFA Brunei Darussalam, Pengiran Abdul Haadi bin Pengiran Haji Zohaini.

    Para pemenang dan peserta Pertandingan Ikan Hias Louhan bergambar ramai pada majlis tersebut.
    Ikan Louhan milik Awang Ajahrin mendapat Anugerah Ikan Hias Louhan Terbaik sekali gus menjuarai pertandingan tersebut.

    Pertandingan yang disertai oleh seramai 20 orang peminat ikan hias Louhan dari Daerah Tutong, Belait dan Brunei dan Muara itu telah diadakan selama tiga hari bermula 22 Februari hingga kelmarin.

    Pemenang-pemenang 10 teratas daripada siri pertama dan kedua pertandingan berkenaan akan dibawa mengikuti pertandingan akhir yang akan diadakan pada 22 hingga 25 Mac nanti.

    Pertandingan tersebut diadakan antara lain bertujuan bagi mempromosikan serta memperkenalkan pelbagai jenis ikan Louhan kepada orang ramai, di samping dapat mengumpulkan peminat-peminat ikan Louhan di negara ini sekali gus mendidik belia-belia muda dalam menjaga ikan dengan baik dan menghargai pelbagai jenis ikan Louhan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda