Ikan lumba-lumba ditemui mati

BANDAR MEXICO, 15 Mac – Seekor ikan lumba-lumba dari spesies vaquita iaitu sejenis ikan lumba-lumba terancam, yang dipercayai hanya berbaki 20 ekor sahaja, ditemui mati dalam pukat ikan di luar pantai Mexico, menurut pencinta alam sekitar, semalam.

Dua buah bot pengawal daripada kumpulan Sea Shepherd telah menemukan bangkai ikan lumba berkenaan pada Selasa, terperangkap dalam pukat hanyut di sebuah taman marin yang dilindungi di Teluk California, barat laut Mexico, menurut badan itu dalam satu kenyataan.

Para pencinta alam sekitar berkata vaquita, ikan lumba-lumba terkecil dunia, hampir pupus disebabkan pukat seumpama itu, yang digunakan untuk menangkap ikan, termasuklah ikan totoaba yang terancam, yang turut memiliki saiz yang serupa.

Pundi ikan totoaba dianggap sebagai hidangan istimewa di Asia, di mana harganya boleh dijual hingga mencecah AS$20,000 dalam pasaran gelap.

“Sekiranya terdapat sebarang tempahan mengenai pukat hanyut totoaba, ia akan menjadi bahaya besar kepada vaquita dan lain-lain cetacean, sekalipun terdapat bukti yang lebih mencukupi sebelum ini, amalan tersebut seharusnya tidak dibiarkan,” kata Pengarah Operasi Marin Sea Shepherd, Locky Maclean.

Menyelamatkan vaquita daripada pemburu totoaba telah menjadi perdebatan hangat kepada pelakon, Leonardo DiCaprio dan hartawan Mexico, Carlos Slim. – AFP

Gambar menunjukkan bangkai vaquita yang ditemui mati di Teluk California, barat laut Mexico pada 12 Mac lalu. – AFP