Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ikan lumba-lumba mati akibat selesema burung

    STOCKHOLM, 31 OGOS – Seekor ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar di pantai Sweden pada Jun lalu disahkan mati akibat selesema burung iaitu kali pertama virus itu dikesan dalam seekor ikan lumba-lumba, menurut kenyataan Institut Veterinar Kebangsaan Sweden hari ini.

    “Setakat yang kami tahu, ini adalah kes pertama yang disahkan dalam dunia selesema burung ke atas ikan lumba-lumba,” kata doktor haiwan Elina Thorsson. “Kemungkinan ikan lumba-lumba itu bersentuhan dengan burung yang dijangkiti,” tambahnya.

    Ikan lumba-lumba muda itu ditemui terdampar dan masih hidup di pantai di barat Sweden pada akhir Jun lalu. Walau bagaimanapun, ikan tersebut meninggal pada petang yang sama akibat mengalami keletihan dalam usaha daripada orang ramai untuk membawanya berenang ke perairan yang lebih dalam. Virus selesema burung, H5N1, ditemui dalam beberapa organnya.

    “Bertentangan dengan anjing laut, di mana penyakit yang disebabkan oleh virus selesema telah dikesan beberapa kali, terdapat hanya segelintir laporan virus selesema dalam ikan lumba-lumba”, kata Thorsson.

    Virus itu juga sebelum ini telah dikesan dalam mamalia lain, termasuk musang merah dan kucing hutan kata institut itu. Eropah dan Amerika Utara ketika ini berdepan wabak selesema burung yang meluas di kalangan burung liar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...