Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ikan nien harta terancam etnik Co Tu

    HANOI – Aliran sungai Vung Bot di tengah Vietnam terbentuk di persimpangan sungai Bac (Utara) dan Nam (Selatan) yang bergabung dengan Sungai Cu De dan merupakan habitat kepada ikan nien (Onychostoma gerlachi).

    Spesies ikan air tawar semula jadi ini disenaraikan sebagai hampir terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN, tetapi membentuk bahagian penting dalam budaya kumpulan etnik Co Tu di Quang Nam dan Da Nang, di mana ia menjadi sumber makanan terutamanya semasa perayaan.

    Bui Van Sieng, 76, seorang penduduk Co Tu, berkata masyarakat percaya ikan itu adalah hadiah berharga dari syurga, jadi ia diburu untuk kegunaan keluarga sahaja.

    “Nelayan tempatan sebelum ini menggunakan busur silang atau lastik untuk menangkap ikan di hulu sungai.

    Ikan itu boleh didapati dengan mudah secara besar-besaran di aliran sungai Vung Bot. Awda boleh merasakan ikan mendekati kaki ketika melintasi sungai,” kata Sieng.

    Ikan nien diukur untuk penyelidikan pemuliharaan di komuniti etnik Co Tu di kampung Ta Lang dan Gian Bi di Da Nang. – ANN/VNS

    Ikan itu adalah budaya simbolik Co Tu di Quang Nam, terutamanya untuk kira-kira 1,000 orang di kampung Ta Lang dan Gian Bi, yang telah mengekalkan gaya hidup etnik mereka selama lebih separuh abad sejak mereka berhijrah ke sini pada akhir 1960an.

    Ikan itu dijual pada harga VND250,000 (AS$11) hingga VND500,000 sekilogram di restoran, menjadikannya ikan yang paling banyak diburu di sungai-sungai di wilayah tengah.

    Bui Hoai Vu, seorang pemburu dan jurupandu ikan tempatan, berkata nelayan terpaksa menahan nafas untuk menyelam sedalam enam meter untuk menangkap ikan dengan busur silang atau tombak mata tiga buatan tangan.

    “Memancing dengan alatan asas adalah aktiviti riadah di Co Tu. Kami menangkap ikan semasa berenang atau menyimpannya untuk makanan bukan untuk dijual,” kata Vu.

    “Sebelum ini, kami pernah menangkap ikan bersaiz dewasa seberat 200 hingga 300 gram seekor, manakala ikan yang lebih kecil atau ikan pada musim pembiakan dilepaskan.

    Renjatan elektrik boleh membunuh ikan dewasa dan kecil pada masa yang sama. Pemburu haram malah menangkap ikan pada musim pembiakan.”

    Vu berkata populasi ikan telah merosot secara serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pengurusan aktiviti perikanan yang lemah.

    “Sebelum ini pemburu tempatan boleh menangkap beberapa kilo ikan dalam masa sejam, tetapi kini hanya dua atau tiga ekor ikan yang ditangkap,” katanya.

    Untuk melindungi spesies ikan, saintis dan ahli pemuliharaan telah bekerjasama dengan komuniti Co Tu dan pentadbiran tempatan dalam program untuk mengekalkan populasi ikan yang jarang ditemui itu.

    Projek Pemuliharaan Ikan Nien, yang menerima pembiayaan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Program Geran Kecil Kemudahan Alam Sekitar Global untuk memelihara budaya etnik Co Tu dan memulihara rizab alam semula jadi Ba Na-Nui Chua pada penghujung tahun 2021.

    Pasukan perlindungan ikan pertama telah ditubuhkan dengan 30 ahli, terutamanya terdiri dari pemburu tempatan dari kampung Ta Lang dan Gian Bi.

    Pasukan itu ditugaskan untuk mendidik penduduk tempatan tentang penggunaan alat memancing tradisional dan amaran terhadap penangkapan ikan akibat renjatan elektrik.

    Jelas A Lang Nh, ahli pasukan itu, etnik Co Tu tidak mempunyai tabiat memancing menggunakan renjatan elektrik tetapi nelayan dari kawasan lain melakukannya

    Thai Van Hoai Nam, pengerusi Jawatankuasa Rakyat Komunal Hoa Bac, berkata projek pemuliharaan ikan Nien merupakan rancangan segera untuk menyelamatkan spesies ikan daripada kepupusan. – ANN/VNS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...