Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ikan paus cedera terdampar di pantai

    SANGATE, PERANCIS, 7 NOV – Seekor ikan paus sepanjang 7.6 meter, cedera namun masih hidup, ditemukan terkandas di pantai di utara Perancis hari ini, dengan pakar berharap arus pasang akan membantu haiwan itu kembali ke perairan.

    Kehadiran haiwan itu di kawasan selatan adalah luar biasa memandangkan spesies paus bermuncung ini biasanya berenang di perairan dalam Artik, kata pakar. Haiwan betina itu, yang mengalami kecederaan tidak serius, mungkin berakhir di pantai ‘disebabkan ia menjadi tidak keruan,’ kata Jacky Karpouzopoulos, ketua CMNF, pertubuhan untuk perlindungan haiwan liar di utara Perancis.

    Menurutnya, adalah ‘luar biasa’ untuk melihat ikan paus spesies utara di kawasan selatan tersebut.

    “Saya tidak pernah melihat keadaan ini sepanjang 40 tahun saya bekerja di sini,” katanya.

    Ikan paus itu mempunyai luka berdarah di kepala, tetapi datuk bandar tempatan, Guy Allemand berkata kecederaan tidak serius dan bukan merupakan sebab kenapa ia terdampar di pantai. Beliau berkata satu bedah siasat akan dilakukan sekiranya ikan paus itu gagal diselamatkan. – AFP

    Gambar diambil kelmarin menunjukkan seekor ikan paus terdampar di sebuah pantai di Sangatte, utara perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...