COPENHAGEN, Denmark, 29 April – Ikan paus beluga ditemui dengan alat abah-abah ketat yang kelihatannya buatan Rusia telah menimbulkan kebimbangan kepada para pegawai Norway dan mencetuskan spekulasi yang haiwan itu mungkin lari dari kemudahan tentera Rusia.
Joergen Ree Wiig dari Direktorat Perikanan Norway berkata ‘Equipment St. Petersburg’ tertulis pada tali abah-abah tersebut turut bercirikan kamera aksi.
Menurutnya, nelayan di Artik Norway minggu lalu telah melaporkan spesies ikan yang sama juga dipasang abah-abah berenang di kawasan tersebut. Pada Jumaat lalu, seorang nelayan yang dibantu oleh Ree Wiig, melompat ke dalam air dingin untuk mencabut alat tersebut.
Menurutnya lagi, ‘orang-orang dalam tentera Norway menunjukkan minat mendalam’ terhadap abah-abah tersebut.
Akhbar harian Aftenposten, Norway melaporkan yang tentera Rusia dipercayai telah melatih mamalia laut itu. – AP