Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Ikan paus mati terdampar alami pelbagai kecederaan

    NEW JERSEY, 14 APRIL – Pemeriksaan bedah siasat ke atas seekor ikan paus yang terdampar di Pulau Long Beach, New Jersey, mendapati haiwan itu mengalami banyak kecederaan fizikal termasuk keretakan tengkorak dan tulang belakang.

    Pusat Marin Mamalia Terdampar Jumaat lalu mengeluarkan keputusan daripada nekropsi yang dilakukan Khamis lepas ke atas paus humpback antan juvana hampir 7.6 meter yang ditemui mati di Bandar Long Beach.

    Pengarah pusat itu, Sheila Dean berkata ikan paus itu didapati mempunyai lebam di sekeliling kepala, keretakan tulang tengkorak, tulang belakang servik, tulang rusuk dan bahu terkehel.

    “Kecederaan ini sejajar dengan trauma serangan objek tumpul,” tulisnya dalam catatan di halaman Facebook kumpulan itu.

    Dean tidak akan mengaitkan kecederaan itu kepada sebarang sebab tertentu, dengan berkata ujian menyeluruh sebagai sebahagian daripada nekropsi masih perlu dilakukan, di mana sampel tisu dihantar ke makmal di seluruh negara.

    “Kami hanya melaporkan apa yang kami lihat,” katanya.

    Punca kematian haiwan itu menarik minat ramai orang berikutan kontroversi berterusan yang melibatkan kepercayaan kerja penyediaan tapak untuk projek angin luar pesisir memberi kesan atau membunuh ikan paus di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).

    Banyak agensi saintifik, termasuk Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara, Suruhanjaya Mamalia Marin, Biro Pengurusan Tenaga Lautan AS dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey mengatakan tidak adanya bukti yang mengaitkan persediaan projek angin luar pesisir dengan kematian ikan paus. – AP

    Seekor paus bongkok mati di Perbandaran Long Beach di Pulau Long Beach New Jersey pada 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...