Ikan paus terperangkap di sungai dipenuhi buaya

CANBERRA, AUSTRALIA, 14 SEPT – Pihak berkuasa marin bingung hari ini berhubung bagaimana untuk membawa keluar ikan paus humpback dari sungai keruh yang dipenuhi buaya di utara Australia dan membantunya meneruskan perjalanan tahunannya ke Antartika.

Mereka tidak ada rekod sebelumnya mengenai kelibat ikan paus di Sungai East Alligator di Taman Negara Kakadu, Northern Territory yang disenaraikan dalam Warisan Dunia dan tidak ada sesiapa dapat menjelaskan kenapa tiga ekor mamalia biru air itu masuk ke perairan sungai pedalaman itu.

Ahli ekologi marin, Jason Fowler berkata dia telah mengesan tiga ekor ikan paus itu pada 2 September semasa belayar bersama rakannya kira-kira 20km dari kuala sungai.

“Kami terserempak dengan ikan paus besar yang benar-benar mengejutkan saya,” kata Fowler hari ini.

“Air di sungai itu keruh teruk. Sifar penglihatan. Jadi anda hanya dapat melihat ikan paus itu ketika ia timbul di permukaan sekali skala,” katanya. Dia menganggarkan dua ikan paus dewasa dan seekor masih muda, sekitar 10 meter hingga 12 meter panjang. – AP

Ikan paus humpback yang dilihat di Sungai East Alligator di Taman Negara Kakadu pada 10 September. – AP