Ikan semakin berkurangan

MALAWI – Di pesisiran tasik Malawi, ramai orang telah berkumpul menunggu ketibaan kapal yang berwarna putih dan kuning membawa tangkapan ikan yang banyak.

Kru seramai enam orang telah menghantar satu beberapa jenis ikan daripada kapal tersebut, hanya satu daripada 72 kapal yang menurunkan hasil tangkapan setiap hari di pantai Teluk Senga.

Namun menangkap ikan dengan terlalu kerap akan mengubah iklim di tempat itu dan situasi buruk akan menimpa mereka.

Beratus peniaga tempatan telah berkumpul setiap waktu pagi dan tengah hari di Senga hanya untuk mendapatkan kumpulan ikan yang menurun jumlahnya di Tasik Malawi, iaitu tasik ketiga besar di Afrika.

“Kami sangat berharap untuk menangkap sehingga hampir memenuhi bot kami atau suku sahaja. Tetapi saya takut jumlah ikan-ikan semakin berkurangan,” pengurus port Alfred Banda memberitahu AFP yang melihat jumlah penangkapan yang kecil dibawa ke darat.

Penduduk Malawi melihat hasil tangkapan di persisiran Tasik Malawi selepas dihantar oleh kapal-kapal nelayan. – AFP

“Sebelum ini, kami telah menangkap ikan yang memenuhi bot kami tetapi sekarang kami sedang bergelut,” katanya. Beliau menambah, jika ikan itu banyak, ia akan memberikan keuntungan dalam AS$300 untuk enam ke 12 nelayan.

Bersempadan dengan tiga buah negara, Malawi, Tanzania dan Mozambique, Tasik Malawi telah merentangi lebih dari 29,000 kilometer persegi dengan lebih daripada 1,000 jenis ikan.

Bergantung kepada tasik

Terdapat 14,000 penduduk yang tinggal di teluk Senga bergantung kepada tasik itu untuk sumber makanan kehidupan mereka.

“Pada tujuh tahun yang lalu, terdapat banyak ikan di tasik ini jika dibandingkan dengan sekarang. Pada tahun 2019, ia sangat berbeza dan ikan langsung tiada kelihatan dalam air tersebut,” salah seorang peniaga yang bernama Katrina Male, 40 tahun, seorang ibu kepada enam orang anak memberitahu kepada AFP sambil melihat jaring yang membawa beberapa ekor ikan untuk dijual dengan harga yang berpatutan.

“Sekarang harga ikan semakin mahal kerana ia semakin terhad. Sebahagian daripada kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah kerana ibu bapa mereka tidak dapat mencari duit yang mencukupi,” kata Male.

Bagi pakar iklim dan tempatan, penurunan jumlah ikan akan mengakibatkan perubahan alam sekitar dan penangkapan ikan yang berlebihan akan menjadi masalah yang besar pada masa akan datang.

Bank Dunia telah menempatkan Malawi sebagai tangga ke-10 negara yang berisiko di Afrika dalam perubahan iklim, bersama angin kuat dan banjir akan menjadi ancaman utama.

Kesukaran nelayan

Ketua komuniti Senga, John White mengatakan angin kencang dan hujan lebat telah menjadikan nelayan lebih sukar untuk berada di tasik itu.

“Orang kami tidak dapat menangkap ikan kerana angin yang semakin kuat daripada sebelum ini,” katanya. Beliau juga menambah hujan yang semakin meningkat tidak dapat dijangka di tasik itu.

“Hujan sebelum ini tidak akan menghancurkan rumah-rumah dan alam semula jadi tetapi sekarang kekuatannya amat luar biasa sehingga boleh menghancurkan kesemuanya.”

Menurut Pembangunan Antarabangsa (USAID), jumlah hujan di negara yang bergantung kepada bantuan akan berkurangan, tetapi apabila hujan, ia akan semakin buruk sehingga boleh mengakibatkan kemarau dan banjir. – AFP