Ikatan mudah namun paling kuat

Oleh Raz AS

Ikatan Uni Knot adalah teknik ikatan mudah, pantas dan yang paling penting kuat, bagi menghubungkan tali pancing dengan mata kail atau peralatan terminal.

Langkah pertama adalah untuk memasukkan hujung tali ke dalam lubang mata kail atau peralatan terminal, kemudian ‘gimbarkan’ tali tersebut dan bawa hujung tali kembali ke bawah (dekat lubang mata kail).

Setelah itu lilitkan hujung tali pada tali yang ‘bergimbar’ tadi sebanyak empat keenam kali lilitan bergantung pada ketebalan tali yang digunakan. Langkah seterusnya, basahkan tali untuk melicinkan dan tarik hujung tali sehingga ikatan terhasil.

Kemudian tarik tali pohon sehingga ikatan tersebut sampai ke lubang mata kail. Potongkan lebihan tali untuk mengemaskan lagi ikatan.

Ikatan Uni Knot adalah teknik ikatan mudah, pantas dan yang paling penting kuat.