Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran gagal

    SINGAPURA, 26 APRIL – Mahkamah Rayuan Singapura pada Selasa menolak rayuan terakhir yang difailkan ibu Nagaethran Dharmalingam untuk mencabar keputusan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap anaknya.

    Dengan keputusan itu menamatkan ikhtiar saat akhir warga Malaysia berusia 34 tahun itu yang dijadualkan dihukum gantung pada Rabu (27 April) selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya bulan lalu.

    Panchalai Supermaniam memfailkan permohonan itu dengan bantuan rakan-rakan dan aktivis tanpa diwakili mana-mana peguam.

    Terdahulu, semasa perbicaraan, Panchalai berkata melalui jurubahasa: “Saya ibunya. Saya membuat petisyen. Kami mahu dia hidup…Kami perlu mendapatkan peguam untuk kes ini.”

    Beliau ditemani anak saudaranya Thenmoli Sunniah.

    Asas kepada cabaran undang-undang itu ialah Hakim Sundaresh Menon yang mengetuai dan menolak rayuan Nagaenthran sebelum ini merupakan peguam negara yang mendakwa Nagaenthran dan memastikan sabitannya.

    Perbicaraan didengar di hadapan tiga Hakim iaitu Andrew Phang; Judith Prakash; dan Belinda Ang bermula 2.30 petang dan ditangguhkan kira-kira 30 minit kemudian sebelum disambung semula pada 4.30 petang untuk mendengar keputusan.

    Selepas permohonan ibunya ditolak, mahkamah membenarkan Nagaentran berpegangan tangan dengan tujuh ahli keluarganya yang hadir di kamar mahkamah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...