Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Ikhwan Fatanna diganggu selepas tolak cinta peminat

    Gara-gara menolak cinta daripada seorang peminat, penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna menerima banyak pesanan berbaur benci daripada wanita tersebut di laman sosial miliknya.

    Menurut Ikhwan atau nama sebenarnya Ikhwan Fatanna Mokhtar, 32, pada awalnya individu tersebut sering hadir memberi sokongan kepadanya dan mula meluahkan perasaan cinta pada hujung tahun lalu.

    Ikhwan juga tidak sangka wanita tersebut terus mengganggu dirinya selepas cinta ditolak.

    Di sebalik kisah diganggu peminat tersebut, Ikhwan juga mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seorang wanita dan bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

    Kata penyanyi lagu Restu ini, wanita itu merupakan seorang kenalan dan hubungan mereka bermula sejak awal tahun lalu.

    Sementara itu, Ikhwan juga bimbang jika situasi beliau diganggu peminat akan berterusan dan boleh menjejaskan hubungannya dengan kekasih.

    Justeru itu, Ikhwan berharap wanita tersebut dapat menghormati keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati sendiri dan tidak lagi menghantar sebarang mesej kepadanya. – Agensi

    Ikhwan harap peminat hormati perasaan dalam memilih pasangan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...