IKLS-MB5 FC adakan majlis menandatangani kontrak

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Kelab Bola Sepak IKLS-MB5 FC telah mengadakan majlis menandatangani kontrak pemain dan seterusnya majlis penyerahan jersi perlawanan, baju rasmi komiti dan pemain serta baju latihan bagi persediaan menghadapi kejohanan Liga Super Brunei bagi Musim 2020.

Majlis tersebut diadakan bertempat Dewan Minah, Hotel Al-Afiah, Kiulap, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab, Haji Mohd Ali Rahman bin Haji Sulaiman, penaja-penaja, komiti-komiti pengurusan dan pemain-pemain Kelab Bola Sepak IKLS-MB5 FC yang terpilih seramai 25 orang bagi musim 2020.

Acara seterusnya diteruskan dengan penyerahan sumbangan tajaan jersi perlawanan daripada Pengurus Besar Defeena Event Management Haji Sahdin bin Haji Noordin.

Manakala Syarikat Nurul Rasidah juga turut menyerahkan tajaan merupakan baju rasmi komiti-komiti dan pemain-pemain dan seterusnya Kostra Sports Company menyerahkan sumbangan tajaan baju latihan.

Pemain-pemain dan komiti-komiti IKLS-MB5 bergambar ramai. – Gambar serahan Kelab Bola Sepak IKLS-MB5