BEIRUT, 14 Jan – Presiden Turki berikrar untuk menyingkirkan militan Kurdish keluar dari Afrin di utara Syria semalam, ketika pemberontak Syria juga berkata mereka bersedia bagi operasi itu.
Berucap di wilayah timur Elazig, Presiden Recep Tayyip Erdogan memberi amaran terhadap Unit Perlindungan Rakyat (YPG) bahawa Turki akan campur tangan sekiranya “pengganas di Afrin tidak menyerah diri.”
Kenyataan itu muncul ketika pasukan tentera Turki mengepung Afrin, sebuah kawasan yang dikawal oleh Kurdish di sepanjang sempadan Syria dengan Turki, berkata ia adalah sebagai tindak balas terhadap gangguan yang dibuat YPG, menurut stesen NTV Turki.
Turki mengepung Afrin secara tetap akan tetapi serangan semalam adalah sangat intensif dan berlaku selama lebih dua jam.
“Kami sedang melihat persediaan” tentera Turki untuk bertindak terhadap Afrin.
“YPG turut akan mempertahankan dirinya daripada sebarang serangan,” menurut jurucakap YPG, Rojhat Roj.
Turki mengisytiharkan YPG sebagai kumpulan pengganas dan lanjutan daripada pemberontak Kurdish di dalam sempadannya sendiri.
YPG dan rakan sejawatan politiknya, Parti Kesatuan Demokratik (PYD) berkata mereka mahukan autonomi serantau dalam Syria yang bersekutu. Mereka mengawal hampir 25 peratus wilayah Syria, yang berpakat dengan AS dan Rusia untuk membentuk Kurdish sebagai tentera berkuasa di lapangan peperangan saudara di Syria.
Tetapi wilayah Afrin terpisah dari sebahagian besar wilayah yang dikawal Kurdish di timur laut Syria. Ia dikelilingi oleh tiga pasukan iaitu tentera Turki dan pemberontak Syria yang disokong oleh Ankara.
Manakala tentera AS mengekalkan pangkalan-pangkalannya di wilayah Kurdish di timur laut Syria, yang tidak diyakini hadir di Afrin. – AP