Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ikrar tempur jika rundingan gagal

    ASTANA, Kazakhstan, 23 Jan – Pemberontak Syria hari ini berikrar untuk tetap bertempur jika rundingan damai gagal bersama kerajaan negara yang dilanda perang itu di Kazakhstan, ketika kedua-dua pihak memulakan rundingan terbuka tidak langsung.

    Rundingan itu dianggap sebagai yang pertama kumpulan pemberontak bersenjata akan berunding langsung dengan rejim Presiden Bashar al-Assad sejak konflik itu meletus pada 2011.

    “Jika rundingan berjaya, maka kami akan bersama rundingan itu,” kata jurucakap pemberontak Osama Abu Zeid memberitahu AFP. “Jika mereka tidak berjaya, malangnya kami tidak punya pilihan selain meneruskan pertempuran.”

    Pengumuman pemberontak itu muncul ketika kementerian pertahanan Rusia berkata pesawat perangnya telah mengebom kumpulan Islamic State (IS) di kawasan sekitar Deir Ezzor di timur Syria, tempat pasukan rejim telah memerangi kumpulan jihad.

    Ketua perunding pembangkang Mohammad Alloush (tengah) dari kumpulan pemberontak Jaish al-Islam tiba untuk menghadiri sesi pertama rundingan damai Syria di Hotel Presiden Rixos Astana pada 23 Januari. – AFP
    Ketua perunding pembangkang Mohammad Alloush (tengah) dari kumpulan pemberontak Jaish al-Islam tiba untuk menghadiri sesi pertama rundingan damai Syria di Hotel Presiden Rixos Astana pada 23 Januari. – AFP

    Jurucakap pemberontak Yehya al-Aridi memberitahu AFP yang pembangkang telah menarik diri daripada pusingan pertama rundingan langsung di Astana kerana serangan dan pengeboman berterusan rejim ke atas kawasan berhampiran Damsyik. Sesi rundingan tidak langsung bermula selepas 1200 GMT berikutan rehat sekejap dalam rundingan.

    Seorang pegawai Turki memberitahu para jurnalis bahawa ‘ia adalah perlu untuk fokus dalam menguatkuasakan gencatan senjata’ yang dipersetujui bulan lalu, berharap bahawa ‘langkah membina keyakinan yang boleh diperolehi daripada rundingan Astana akan menyumbang kepada proses politik di Geneva’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda