‘Ikut jejak langkah Ronaldo’

MANCHESTER, United Kingdom, 8 Mac – Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mencabar Marcus Rashford untuk tampil berbisa di depan gawang dengan mengikuti jejak langkah, bekas pemain United, Cristiano Ronaldo.

Rashford dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada lewat perlawanan yang menyaksikan kebangkitan United untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas menewaskan Paris Saint-Germain 3-1 tempoh hari.

Bagaimanapun, ia merupakan gol tunggal pemain antarabangsa England itu dalam enam perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu mengisi posisi penyerang pada awal Solskjaer mengambil alih tetapi sekarang kembali ke posisi sayap dengan Romelu Lukaku membarisi skuad dengan menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan, termasuk dua gol di Paris.

Ronaldo menempa nama di Manchester sebelum berpindah ke Real Madrid dan kemudian menjadi penjaring terbanyak kelab itu dalam tempoh sembilan musim di Sepanyol dan kemudian menyertai Juventus pada musim panas yang lalu. – AFP