Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ilhamkan peninggalan budaya dalam bentuk makanan

    BEIJING – Diilhamkan berdasarkan peninggalan budaya China, Muzium Negara China (NMC) telah melancarkan pelbagai produk makanan kreatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Produk-produk yang memaparkan pelbagai bentuk peninggalan budaya telah direka bentuk dalam usaha untuk membangkitkan minat orang ramai terhadap pameran muzium dan tamadun China.

    Dengan perintisnya, Pejabat Persediaan Muzium Sejarah Negara, ditubuhkan pada Julai 1912, NMC telah dibentuk pada tahun 2003 hasil daripada penggabungan Muzium Negara Sejarah Cina dan Muzium Negara Revolusi Cina, kedua-duanya di timur sebelah Dataran Tian’anmen.

    Selepas pengubahsuaian dan pembesaran, NMC dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 2012, kini mempunyai lebih daripada 1.4 juta barang dalam koleksinya. – Xinhua

    Aiskrim yang dibentuk sama seperti Zun berbentuk Badak yang dipamerkan di NMC. – Xinhua
    Kuih bulan dengan corak Jade Ruyi, objek hiasan tradisional Cina untuk nasib. – Xinhua
    Ais krim berbentuk Tembikar Ding berbentuk Helang. – Xinhua
    NMC telah melancarkan pelbagai produk makanan kreatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...