Iliad beli, kembang Play

PARIS, 21 SEPT – Syarikat induk operator mudah alih Perancis, Free telah melancarkan tawaran awam untuk membeli Play, operator terbesar di Poland, ketika ia bergerak untuk merangsang syarikat itu ke peringkat Eropah.

Iliad mengatakan bahawa tawaran itu, yang memberi nilai Play pada 3.5 bilion euro (AS$4.2 bilion), sudah diterima oleh dua daripada pemegang saham penyokong firma yang memiliki 40 peratus pegangan saham.

“Seperti iliad, Play telah melihat pertumbuhan luar biasa selama lebih 15 tahun,” kata kumpulan yang menggegarkan pasaran tetap dan mudah alih Perancis dengan tawaran harga yang kompetitif dan tanpa langganan.

“Ini adalah pendatang terbaharu dalam pasaran telefon mudah alih Poland, yang memasuki pasaran tahun 2007, dan hari ini ia memiliki 15 juta pelanggan dan 29 peratus pasaran saham, menjadikannya operator telefon bimbit terkemuka di Poland,” tambahnya.

Iliad mengatakan penambahan Play itu akan menarik 41 juta langganan di Perancis, Poland dan Itali, dan menjadikannya kumpulan telekomunikasi keenam terbesar.

“Melalui pembelian ini, iliad akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain telekomunikasi pan-Eropah,” katanya. – AFP

Gambar bertarikh 31 Ogos 2016 menunjukkan logo operator perkhidmatan telekomunikasi Perancis, iliad, di Paris. – AFP