BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Ilmu tafsir Al-Quran memainkan peranan yang sangat penting dalam membongkar makna ayat-ayat Al-Quran dan sebagai umat Islam, adalah amat perlu mempelajarinya sebagai jalan utama untuk memahami Al-Quran, namun dalam masa yang sama ia memerlukan perhatian tinggi agar pentafsirnya terhindar daripada tafsiran yang salah dan terpesong daripada syariat Islam.
Untuk itu, umat Islam perlu menelusuri sejarah ilmu tafsiran Al-Quran yang bermula daripada turunnya kitab suci Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan mufassir pertama menjelaskan ayat-ayat Allah SWT.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)