Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Im, Piercy mendahului di Terbuka 3M

    WASHINGTON, 22 JULAI – Pemain Korea Selatan, Im Sung-jae dan Amerika Syarikat (AS), Scott Piercy masing-masing melakukan pukulan enam di bawah par 65 untuk berkongsi kedudukan mendahului pusingan pembukaan Terbuka 3M Jelajah PGA AS kelmarin.

    Kedua-duanya bersaing dengan cuaca angin yang kuat di TPC Twin Cities di Blaine, Minnesota dan merebut kelebihan dua pukulan ke atas Emiliano Grillo dari Argentina dan pemain AS, Tom Hoge, Doug Ghim, Brice Garnett dan Tony Finau.

    Dalam aksi kelmarin, Im membenamkan putt dari jarak 18 kaki untuk mendapatkan par pada 18.

    Im yang juga naib juara Masters 2020, memburu gelaran PGA ketiganya selepas Honda Classic 2020 dan Terbuka Shriners Children’s 2021.

    Dia membuat empat birdie daripada enam lubang terakhir, termasuk putt birdie 15 kaki di par 3 keempat, 23 kaki di lubang ketujuh dan 26 kaki di lubang kesembilan.

    Manakala Piercy, naib juara Terbuka AS 2016, masih mengejar gelaran PGA kelimanya.

    Piercy melepaskan pukulan wedge untuk membuat birdie pembukaan, kemudian memasukkan putt birdie 31 kaki pada lubang ketiga dan enam kaki pada par 5 keenam sebelum bogey tunggalnya pada lubang kesembilan.

    Dia membalas dengan birdie pada empat daripada lima lubang seterusnya, menghasilkan putt dari 26 kaki pada lubang ke-10, 20 kaki pada 11 dan 31 kaki pada 13.

    Piercy kini bermain di tiga acara terakhirnya untuk cuba mara ke ranking ke-125 teratas dalam senarai mata musim PGA dan mencapai play-off pada bulan hadapan. – AFP

    Aksi Scott Piercy semasa pusingan pembukaan kejohanan golf Terbuka 3M di Kelab Pemain Kejohanan di Blaine, Minnesota kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...