Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    imagine anjur kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan imagine

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Sebanyak 104 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran imagine, hari ini, bagi meraikan ulang tahun kedua syarikat berkenaan dalam siri aktiviti pendekatan komuniti untuk membantu golongan yang memerlukan.

    Kempen yang diadakan dengan sokongan Airport Mall, Berakas, berkenaan merupakan sebagai respons kepada seruan tabung darah negara yang memohon bantuan daripada sektor swasta untuk menghoskan kempen men-derma darah bagi menambah
    stok bekalan darah yang terjejas oleh gelombang kedua COVID-19.

    Dalam kempen berkenaan, delegasi imagine diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju, di mana bersama-sama beberapa orang kakitangan imagine turut serta menderma darah.

    Orang ramai yang turut serta menderma darah dalam kempen itu, telah menerima produk, perkhidmatan dan barangan imagine sebagai tanda penghargaan atas kemurahan hati mereka.

    Kempen itu merupakan kesinambungan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakan terlebih awal termasuk Majlis Doa Selamat, bacaan Surah Yasin dan Tahlil di Balai Ibadat Kampung Sungai Pandan di mana imagine menyumbangkan beberapa barangan keperluan kepada jemaah bersama hidangan makanan bagi kanak-kanak, warga emas dan golongan kelainan upaya dari kawasan berkenaan dan kampung-kampung berhampiran serta sumbangan kepada Rumah Orang-orang Tua Seria yang juga diadakan bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

    Sementara itu, sehingga Mac 2022, imagine akan menerima kalendar-kalendar berasaskan kertas yang lama di kesemua cawangannya untuk dikitar semula sebagai tukar ganti bagi kalendar-kalendar imagine 2022.

    Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat yang selari dengan inisiatif tanpa kertas imagine yang bertujuan untuk mengurangkan tapak kaki karbonnya.

    Para pengunjung sama ada pelanggan imagine atau sebaliknya, adalah digalakkan untuk menyertai gerakan itu tetapi mereka perlu memadamkan sebarang maklumat peribadi atau sulit sebelum melakukan penukaran berkenaan.

    Dayang Suzannawati mengetuai delegasi imagine dalam kempen derma darah yang diadakan baru-baru ini.
    Seorang penderma darah menerima produk imagine semasa kempen derma darah tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...