Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Imagine cawangan Tutong dibuka semula

    Oleh Sim Y.H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Setelah melalui kerja-kerja pengubahsuaian selama beberapa minggu, imagine secara rasminya membuka semula Cawangan Tutong imagine, Petani Mall, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh imagine, di sini, cawangan yang dibuka semula itu mengetengahkan wajah yang lebih segar dan moden dengan matlamat untuk memberikan lebih kemudahan serta keselesaan kepada pelanggan mereka.

    Sehubungan itu, imagine telah mengadakan majlis Doa Selamat untuk memberkati acara berkenaan serta memberikan cenderahati kepada pelanggan mereka sebagai tanda penghargaan imagine atas sokongan berterusan mereka.

    Pembukaan semula cawangan berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Suharju dengan memotong reben dan disaksikan oleh Pengarah imagine Sdn Bhd, Allen On, ahli pengurusan kanan imagine, kakitangan serta pengunjung Petani Mall.

    Terdahulu dalam kata alu-aluannya, VP, Pengalaman dan Jualan Pengguna, imagine, Awang Irshad Ahamed menyatakan penghargaan kepada pelanggan imagine atas sokongan mereka.

    Allen On dan Dayang Suzannawati semasa menghadiri majlis pembukaan semula cawangan imagine, Petani Mall, Tutong, kelmarin. – Gambar serahan imagine

    Tatkala imagine terus berkembang dan membangun sebagai sebuah syarikat, adalah menjadi misinya untuk terus mendekati komuniti.

    Di samping pembukaan semula cawangan berkenaan, beliau juga menyatakan bahawa bersama-sama dengan penyedia perkhidmatan rangkaian mereka, UNN, mereka telah melancarkan gentian optik di Perkhemahan Tutong dan Perkhemahan Penanjong untuk menyokong komuniti Tutong.

    Mereka juga berhasrat menjadi penyedia telco terbaik di Brunei terutamanya untuk keluarga, sentiasa mendengar kepada keperluan pelanggan dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang diperlukan kepada mereka.

    Untuk meraikan pembukaan semula cawangan berkenaan, 10 pelanggan pertama yang berurusan di pusat imagine Petani Mall telah diberikan barangan eksklusif imagine manakala 20 pelanggan pertama yang mendaftar atau bertukar kepada pelan jalur lebar imagine akan menerima baucar hidangan bernilai $20.

    Bersama-sama dengan pusat imagine yang lain, pelanggan di Tutong juga dialu-alukan untuk meneroka pelbagai pelan imagine yang merangkumi jalur lebar, mudah alih dan bundle perkhidmatan serta produk.

    Pusat imagine Petani Mall dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4:30 petang pada Isnin hingga Sabtu kecuali waktu Solat Jumaat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...