Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    imagine kongsi keceriaan TBC

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan imagine

    BELAIT, 20 JAN – Sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan komuniti serta bersempena dengan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada 2023, imagine mengambil peluang untuk menyumbang kepada kesejahteraan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik daripada komuniti Tionghua di Daerah Belait, kelmarin.

    Dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan Brunei, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), inisiatif berkenaan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju di mana beliau menyampaikan hamper Sambutan TBC, barangan keperluan asasi serta sampul merah yang disumbangkan oleh syarikat dan kakitangan syarikat berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh imagine, di sini, penglibatan komuniti itu merupakan bahagian utama dalam pendekatan berpusatkan pelanggan imagine, di mana inisiatif berkenaan menyediakan peluang kepada syarikat itu untuk memahami dengan lebih baik keperluan orang ramai selain daripada perkhidmatan telekomunikasi.

    Dengan TBC sebagai antara sambutan paling ramai diraikan di Brunei, kata Dayang Suzannawati, pelaburan sosial semasa musim perayaan itu diharapkan untuk menyebarkan keriangan di peringkat korporat dan persendirian.

    Sebagai ahli masyarakat yang menyumbang, tambahnya, imagine akan terus menyumbang kepada pembangunan kebajikan sosial negara yang melangkaui kesalinghubungan.

    Pada masa yang sama, bersempena sambutan berkenaan, pelanggan yang membuat transaksi dan orang ramai akan diberikan hadiah perayaan imagine eksklusif yang merangkumi pelbagai teh dan sampul merah secara yang dahulu didaulukan sementara stok masih ada.

    Cawangan-cawangan imagine yang mengambil bahagian dalam acara itu adalah The Mall, Citis Square, Rimba Point, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Petani Mall di Tutong, Supasave Panaga di Seria, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei serta Hotel Stoneville di Temburong.

    Dayang Suzannawati dan Ketua Perundangan imagine, Charles Lim bersama penerima sumbangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...