Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    imagine kongsi keriangan TBC

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Dengan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bakal menjelang tidak lama lagi, ahli-ahli pasukan imagine yang terdiri daripada pihak pengurusan dan kakitangan syarikat tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke seluruh negara untuk berkongsi keriangan perayaan kebudayaan berkenaan.

    Pasukan imagine bukan sahaja berkongsi keriangan perayaan sambutan perayaan budaya berkenaan tetapi juga mengagih-agihkan barangan sambutan TBC kepada pelanggan mereka di lapan buah cawangan syarikat berkenaan.

    Mengetuai aktiviti berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju dengan tumpuan utama aktiviti di Cawangan Panaga imagine di Seria, hari ini.

    Semasa aktiviti berkenaan, Dayang Suzannawati telah diiringi oleh Ketua Undang-undang imagine, Charles Lim dengan pasukan imagine mengambil peluang berinteraksi dengan para pengunjung serta menyampaikan koleksi eksklusif teh Cina dan sampul merah sebagai tanda penghargaan bagi sokongan yang diterimanya bertahun-tahun sejak imagine mula beroperasi pada 2020.

    Dengan ahli-ahli pengurusan kanan lain ditempatkan di pusat-pusat imagine lain, inisiatif itu terus menandakan penglibatan komuniti syarikat berkenaan yang meraikan kepelbagaian rakyat dan penduduk Brunei.

    Pada masa yang sama, inisiatif itu juga memberikan peluang kepada para pelanggan untuk berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin syarikat dalam berkongsi sentimen, idea serta pendapat mereka mengenai bagaimana pasukan imagine boleh terus melibatkan mereka serta memenuhi keperluan kesalinghubungan mereka.

    Hadiah perayaan itu akan dikongsi dengan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke cawangan imagine di mana ia diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat sementara stok masih ada.

    Cawangan-cawangan imagine yang menyertai dalam aktiviti berkenaan adalah The Mall, Gadong, Citis Square di Berakas, Rimba Point, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Petani Mall di Tutong, Supasave Panaga di Seria, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei serta Hotel Stoneville di Temburong.

    Dayang Suzannawati (dua kanan) dan Charles Lim (kiri) mengagih-agihkan hadiah perayaan kepada pelanggan imagine yang berkunjung ke cawangannya di Supasave Panaga di Seria, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...