Imagine, SCB bekerjasama

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Dalam usaha berterusan untuk mengembangkan perniagaannya, imagine Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Bank Standard Chartered Brunei (SCB) untuk menyediakan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad kredit Visa bank berkenaan.

Promosi itu akan memberi ganjaran apabila para pelanggan melanggan, berbelanja dan membayar bil berkaitan produk dan perkhidmatan imagine menggunakan kad kredit Visa Standard Chartered.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan imagine, promosi berkenaan juga sah bagi bundle peranti mudah alih imagine yang baru dilancarkan, mengetengahkan barisan telefon pintar kemegahan Oppo terkini termasuk siri Find X2 yang dilancarkan secara eksklusif oleh imagine.

Bermula hari ini hingga pertengah-an Julai, dengan perbelanjaan minimum menggunakan kad kredit Visa Standard Chartered di mana-mana pusat imagine atau menerusi pembelian dan pembayaran bil dalam talian, pelanggan akan layak menyertai Cabutan Bertuah Rebat Bil Standard Chartered di mana 10 pemenang akan dipilih untuk memenangi penepian bil pada kad kredit Visa mereka bagi sebarang pembayaran sehingga $500 di imagine.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $455 akan mendapat dua pe-luang dalam cabutan berkenaan.

Sebagai tambahan, bayaran pempro-sesan akan dikecualikan 100 peratus apabila pelanggan berbelanja sekurang-kurangnya $300, di bawah Pelan Easypay promosi berkenaan.

Pemangku Ketua Perbankan Runcit Standard Chartered, Jocelane Basir dipetik sebagai berkata, “Kami sangat gembira bekerjasama dengan imagine pada pelancaran telefon mudah alih pertama mereka.

Rakyat sememangnya celik teknologi dan jenama Oppo telah menjadi pesaing kuat dalam pasaran Brunei.”

Sementara itu, Ketua Perkongsian Perniagaan imagine, Dayang Nurulain binti Mohammed Idrus pula berkata,

“Sementara kami mencari cara-cara untuk melibatkan pelanggan kami dari pelbagai perkhidmatan, perkongsian bersama Standard Chartered ini mengetengahkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan imagine bagi jalur lebar dan mudah alih.”