imagine sokong program LCB

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan imagine Sdn Bhd terhadap pembelajaran, pendidikan, dan perkembangan diri sepanjang hayat, syarikat berkenaan telah mengongsikan pandangan kesediaan kerja dengan pelajar Kolej Perniagaan Laksamana (LCB) sebagai sebahagian inisiatif institusi itu untuk mempersiapkan graduan, alumni, dan kohort semasa mereka untuk pasaran pekerjaan yang kompetitif di Brunei.

Program Kesediaan Kerja, yang dilancarkan oleh LCB awal minggu ini, memberikan peluang kepada imagine untuk mengenali pemimpin berpotensi yang sesuai dengan industri telekomunikasi sambil memberi mereka kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membezakan mereka daripada rakan sebaya.

Dengan penyertaan imagine menerusi penyampaian ceramah, temu duga olok-olok (mock interviews) dan ulasan CV, Pengurus Perjalanan Sumber Manusia (Latihan dan Perkembangan), Javon Leong menekankan bahawa keyakinan dan persiapan adalah kunci. Ini termasuk belajar dan memahami bahawa CV harus relevan dengan jawatan yang dipohon.

Oleh kerana peluang pekerjaan pada masa ini tetap mencabar dengan institusi

tempatan menghasilkan lebih ramai siswazah setiap tahun, tanggapan pertama semasa pertemuan awal dengan majikan masa depan dapat menjadi faktor penentu terutama ketika majikan menerima permohonan daripada berpuluh-puluh pencari pekerjaan yang memiliki kemahiran dan kelayakan yang sama.

Dengan membayangkan berada di barisan hadapan transformasi dalam industri, operasi dan kemajuan berterusan syarikat sangat bergantung pada pelaburan modal insan.

Oleh yang demikian, Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Suzanna Suharju mengatakan bahawa institusi seperti LCB memainkan peranan penting dalam menyediakan warga Brunei untuk menghadapi cabaran dan peluang abad ke-21 dalam menyumbang kepada Wawasan Brunei 2035.

Javon Leong semasa mengongsikan pandangan kesediaan kerja dengan pelajar LCB.