imagine sumbang 50 kad SIM kepada Kementerian Pendidikan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), imagine Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 50 kad SIM kepada Kementerian Pendidikan, kelmarin.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Korporat, imagine Sdn Bhd, Dayang Siti Hajar binti Mahathir kepada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais selaku wakil Kementerian Pendidikan.

Sumbangan daripada imagine Sdn Bhd itu bermatlamat untuk membantu pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Kementerian Pendidikan di talian 7163184 atau Talian Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 8329939 semasa waktu bekerja atau melayari laman sesawang www.moe.gov.bn.

Ketua Hal Ehwal Korporat, imagine Sdn Bhd, Dayang Siti Hajar binti Mahathir menyerahkan 50 kad SIM kepada Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais selaku wakil Kementerian Pendidikan yang mana sumbangan tersebut diharapkan untuk membantu pelajar-pelajar melaksanakan pembelajaran dalam talian. – Gambar serahan imagine.