imagine taja Larian Harapan 2020

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Larian Harapan 2020 anjuran UBD Corporation dengan kerjasama AKIF Media Marketing & Event telah menerima tajaan daripada imagine Sdn Bhd yang diserahkan pada majlis yang berlangsung di Bangunan The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Hadir menyerahkan tajaan bagi larian maya berkenaan ialah Ketua Pega-wai Eksekutif imagine, Dayang Suzanna Suharju dan diterima oleh Pengurus Projek Larian Harapan 2020 dari AKIF Media Marketing & Event, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin.

Awangku Danny dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Kolaborasi bagi acara larian ini sangat bermakna bagi pembangunan sukan olahraga jarak jauh, semangat setiakawan, jujur dan disiplin. Ia juga meningkatkan komitmen kami kepada masyarakat terhadap pembangunan sukan olahraga jarak jauh.”

Presiden Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam, Mejar (B) Mohd Talip bin Haji Mohd Tahir dalam ucapannya pula berkata bahawa larian maya itu sangat bersesuaian dianjurkan untuk langkah berjaga-jaga demi keselamatan kesihatan bagi pencegahan COVID-19.

Penganjuran Larian Harapan 2020 @UbdCorp itu berobjektif untuk meningkatkan semangat dan moral bagi menyokong kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani COVID-19 di negara ini.

Larian maya berkenaan sangat sesuai kerana ianya mematuhi langkah pencegahan COVID-19 yang menekankan pemeliharaan jarak sosial sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Ketua pegawai eksekutif imagine menyerahkan tajaan kepada pengurus Projek Larian Harapan 2020 daripada AKIF Media Marketing & Event.
Mejar (B) Mohd Talip menyampaikan sijil penghargaan rakan kongsi korporat kepada penyokong-penyokong rasmi.