Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    imagine tandatangani perjanjian rakan kongsi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusan imagine Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan dan produk nilai tambah bagi pelanggan-pelanggan korporatnya, syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian bersama dua rakan kongsi ICT tempatan yang akan menawarkan barisan penyelesaian ICT yang boleh diakses bagi klien-klien korporat serta kerajaan.

    Menurut kenyataan imagine Sdn Bhd, hari ini, barisan rakan kongsi terkini bagi imagine adalah ULAP Networks yang menawarkan perkhidmatan yang merangkumi penyelesaian berasaskan awan dan Beyond Tomorrow yang menawarkan penyelesaian pemantauan rangkaian.

    Perkhidmatan-perkhidmatan itu menambahkan lagi senarai perkhidmatan Beyond Connectivity imagine yang termasuk sekuriti siber, analisis data serta pembangunan aplikasi mudah alih dan sesawang yang ditawarkan oleh imagine melalui rakan-rakan kongsi tempatan dan serantau.

    Dalam penandatanganan itu, imagine diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju manakala ULAP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dominic McDonald dan Beyond Tomorrow diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ts Tee Kok Keong.

    Dengan kekuatan dalam pembangunan penyelesaian ICT, kerjasama itu dinilai berasaskan kepada potensi bersedia untuk masa hadapan dengan matlamat memastikan operasi perniagaan selamat jika berlaku gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta pada masa yang sama, menyediakan fleksibiliti operasi selaras dengan permintaan abad ke-21 dalam pelbagai bidang seperti penjagaan kesihatan, minyak dan gas, kewangan serta pendidikan.

    Ditubuhkan pada 2017, ULAP Networks Sdn Bhd, adalah sebuah pembekal penyelesaian pintar yang beribu pejabat di Brunei dengan pejabat-pejabat korporat secara global.

    Beyond Tomorrow pula menawarkan pelbagai barisan perkhidmatan termasuk metodologi latihan canggih dalam persijilan Pakar Isi Kandungan bagi komunikasi selular, WiFi, IoT, IR4.0, teknologi CCTV, sekuriti rangkaian dan perolehan bakat.

    Dayang Suzannawati (kiri) berjabat tangan bersama Ts Tee Kok Keong. – Gambar serahan imagine
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...