Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    imagineers gotong-royong bersihkan Pantai Muara

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Lebih 20 orang imagineers (warga imagine) telah pergi ke Pantai Muara hari ini untuk memperingati Hari Sukarelawan Antarabangsa.

    Ia diadakan bagi menyokong seruan Negara Brunei Darussalam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan perpaduan dan tindakan segera untuk memacu jangkauan yang bertujuan untuk mempromosi, menggerakkan dan menyokong kesukarelawanan serta mengiktiraf sumbangan tidak ternilai para sukarelawan di seluruh dunia.

    Program tanggungjawab sosial korporat itu, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzanawati binti Haji Suharju, dikategorikan di bawah inisiatif hijau Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengikut kempen Hari Bertindak (DOA)
    2022 yang berakhir pada 31 Januari 2023.

    Ia juga bersempena dengan ulang tahun ketiga imagine yang akan disambut pada 24 Januari.

    Dengan objektif untuk memberi peluang kepada imagineers untuk berbakti kepada masyarakat selaras dengan tema antarabangsa DOA, Perpaduan menerusi Kesukarelawanan, kempen kebersihan itu turut menyaksikan penyertaan ahli keluarga termasuk anak-anak kecil dengan harapan dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi akan datang.

    Perayaan lain untuk memperingati ulang tahun imagine tahun ini termasuk kutipan derma bagi masyarakat Cina daripada latar belakang yang mencabar dari segi kewangan sambil turut menandakan sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

    Beberapa aktiviti lain juga dijangkakan pada minggu akan datang untuk meraikan tahun ketiga perkhidmatan imagine dalam industri telekomunikasi Brunei.

    Warga imagine mengangkat beg-beg plastik berisi sampah yang dikumpulkan semasa kempen kebersihan di Pantai Muara, kelmarin. – Gambar serahan imagine
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...