Friday, June 2, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Iman teruji di bilik surau

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencuri di sebuah bangunan komersial.

    Pendakwa Nurul Husna Abidin mendedahkan Mohd Sane bin Haji Abu Bakar telah pergi ke surau tingkat satu di The Mall, Gadong untuk mengecas telefonnya dan tidur sebentar pada pagi 15 Mei.

    Selepas kira-kira setengah jam berlalu, defendan bangun, mencabut pengecas telefon dan ternampak beg sandang yang ditinggalkan.

    Dia membelek-beleknya dan mengambil beg duit, earpiece, wayar pengecas dan kabel.

    Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni selanjutnya mendengarkan bahawa pemilik beg tersebut telah terlupa beg sandangnya selepas solat dan kembali
    ke surau untuk mendapatkannya namun mendapati barang-barang di dalamnya lesap.

    Pemilik beg kemudian membuat laporan polis yang siasatannya dibantu dengan rakaman CCTV di dalam surau terbabit.

    Polis berjaya menahan defendan dan mendapatkan semula barang-barang yang dicuri tersebut.

    Mahkamah hari ini mengarahkan barang-barang itu agar dikembalikan kepada pemiliknya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -