Iman Troye berdebar pelancaran Nang

Penyanyi Iman Troye mengakui mengalami masalah tidur malam disebabkan risau dan berdebar menanti saat lagu baharu berjudul Nang dilancarkan.

Namun ujar Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 21, ia berbalik kepada niat yang membuatkan dia terus untuk berada dalam industri muzik.

“Kalau bercakap bab risau ni memang adalah, masa nak release single tu memang tak cukup tidur. Tapi apa yang saya fikir memang kena betulkan niat.

“Apa yang saya niat dekat lagu Teman dan Pejam Celik adalah memang niat untuk berkarya, asalkan orang happy saya pun happy,” katanya kepada wartawan.

Iman yang temui di majlis kempen 2 juta Bangkit Belajar PTTI di Kuala Lumpur pada Rabu diumumkan sebagai duta untuk pusat ilmiah ini.

Malah lagu Teman turut dijadikan single untuk projek berkenaan.

Sementara, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, Iman dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.

“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.

“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya. – Agensi

Iman Troye mengakui mengalami masalah tidur malam disebabkan risau dan berdebar menanti saat pelancaran Nang. – Agensi