Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Iman Troye bimbang tarian dianggap mencolok mata

    Penyanyi, Siti Nur Alyssa Sahabudin atau Iman Troye, 18 memohon maaf kepada mana-mana pihak yang menganggap tindakannya yang sering menari di media sosial sebagai mencemar imej wanita berhijab.

    Kata penanyi lagu Teman itu, dia masih peka dengan batas-batas perempuan bertudung dan tidak akan melakukan perkara yang merosakkan imej berkenaan. “Kalau ikutkan, ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tetapi, tarian yang saya tunjukkan setakat ini tidaklah keterlaluan.

    “Saya ingin memohon maaf kepada mana-mana individu yang tidak selesa dan menganggap tarian saya menjolok mata,” Iman berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran PTTI Group di ibu kota, baru-baru ini. Dalam masa yang sama, anak kelahiran Selangor itu juga memaklumkan akan sentiasa berjaga-jaga dan tidak berlebihan ketika menari di media sosial.

    “Sebagai perempuan berhijab, saya ingin membawa imej ini dengan sebaik mungkin dan akan perbaiki dalam cabaran tarian yang seterusnya,” katanya lagi. – Agensi

    Iman Troye berkata, dia masih peka dengan batas-batas perempuan bertudung dan tidak akan melakukan perkara yang merosakkan imej berkenaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...