Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Dalam mengimarahkan masjid, Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Besar melaksanakan program membaca Surah Al-Kahfi selepas solat Subuh berjemaah, hari ini.
Program berkenaan dihasratkan menjadi salah satu platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan jemaah di samping untuk merebut fadilat yang besar.
Selain itu, ia juga diharap memberi peluang kepada jemaah terutama penduduk kampung
dan orang ramai untuk beristiqamah dalam mengerjakan ibadah dan meraih pahala yang berlipat ganda dengan membaca Al-Quran di rumah Allah.
Antara yang menyertai program berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri dan Penasihat AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.