Imbas kod QR dan berpeluang menang barangan eksklusif Audi

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – TCY Motors, pengedar kereta Audi di negara ini, membawakan model terbaharu Audi Q3 yang kini boleh disaksikan di tempat khas di Jalan Pretty dan Bunga Raya di Kuala Belait.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan menyaksikan kereta itu dengan lebih dekat dan mengimbas kod QR yang terdapat di sisinya untuk mendaftarkan nama dan keterangan peribadi mereka.

Pendaftaran akan memberikan peluang kepada mereka memenangi barangan eksklusif Audi bagi promosi cabutan bertuahnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para pemenang promosi itu akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon berdasarkan terma dan syarat. Audi Q3 baharu merupakan SUV generasi kedua, lebih tegap dan luas ruangannya dan praktikal.

Kereta Audi Q3 dipamerkan dalam tempat khas di Kuala Belait.