Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Imbau kenangan bertugas di DTE

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kira-kira 33 orang bekas kakitangan mekanikal Jabatan Pendidikan Teknik (DTE) menghadiri acara perjumpaan pertama yang dianjurkan oleh ahli kumpulan WhatsApp Mechanical Colleagues Brunei DTE, baru-baru ini.

    Perjumpaan semula yang diadakan di Restoran Al-‘Afiah di Kiulap itu dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai untuk bekas kakitangan yang telah meninggal dunia diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

    Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Interim, Haji Harun bin Haji Abbas dan sesi bergambar ramai untuk memperingati pertemuan pertama tersebut.

    Semasa majlis itu, ahli-ahli kumpulan mengimbas kembali kenangan indah mereka semasa mengajar atau bekerja di institusi berkenaan dan kebanyakannya, ia juga merupakan peluang untuk bertemu rakan sekerja dan mengemas kini kehidupan semasa masing-masing sambil menikmati hidangan yang disediakan.

    Antara yang hadir termasuk bekas pengetua dan timbalan pengarah, dan diharap lebih banyak aktiviti seumpamanya dianjurkan secara aktif bagi mengeratkan hubungan ukhuwah khususnya mereka yang telah bersara.

    Gambar ramai mereka yang hadir pada majlis perjumpaan semula berkenaan. – Gambar serahan DTE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...